MINUMAN KELUARAN PELADANG

PPK Temerloh bakal raih RM1 juta pasar nangka madu

Sumber :UTUSAN MALAYSIA

ARKIB : 15/11/2010

TEMERLOH 14 Nov. - Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Temerloh yang mengusahakan nangka madu secara berkelompok dijangka meraih lebih RM1 juta setahun daripada hasil jualan tanaman tersebut mulai tahun depan.



Pengerusi PPK daerah, Abu Hanipah Majid berkata, hasil jualan itu berdasarkan pengeluaran sebanyak 4,200 pokok nangka madu yang ditanam di kawasan seluas 20 hektar di Kampung Belenggu, dekat sini sejak tiga tahun lalu.

Katanya, tanaman nangka madu berkelompok yang disertai 50 ahli PPK Temerloh itu mampu mencecah hasil jualan bernilai RM20 juta bagi tempoh hayat pokok selama 20 tahun.

''Hasil jualan itu berdasarkan anggaran berat 20 kilogram bagi sebiji nangka madu tetapi berat sebenarnya adalah antara 20 dan 30 kilogram, malah, boleh mencecah sehingga 40 kilogram sebiji.

''Berdasarkan keluasan ladang dan jumlah pokok, PPK Temerloh akan mengeluarkan lebih 100 tan metrik nangka madu setahun dan akan dipasarkan melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan Pusat Pengumpulan Ladang (PPL) oleh FAMA kepada PPK Temerloh yang disaksikan Ketua Penolong Pegawai Daerah, Rosmilah Awang, baru-baru ini.

Menurut Abu Hanipah, secara purata setiap ahli PPK Temerloh akan pendapat hasil jualan RM20,000 setahun.

Sementara itu, Pegawai FAMA daerah, Abdul Razak Abdul Karim berharap, PPK Temerloh dapat memanfaatkan PPL sepenuhnya bagi kegunaan ahli-ahlinya yang menyertai kontrak ladang dengan FAMA.

Dengan adanya kemudahan PPL yang dibina dengan kos RM20,000 itu, ujarnya, PPK Temerloh tidak lagi perlu merujuk kepada FAMA bagi menjalankan aktiviti pengendalian selepas tuai seperti penggredan, pembungkusan dan pelabelan.

''Petani yang mendaftar dengan ladang kontrak FAMA akan mendapat pelbagai faedah bagi meningkatkan pengetahuan dan kebolehan mereka terutama yang membabitkan aspek pemasaran dan kualiti hasil pertanian.

''FAMA sangat menitik beratkan kualiti seperti penggredan, pembungkusan dan pelabelan serta sijil dalam usaha meningkatkan mutu keluaran yang ingin dipasarkan ke luar negara," kata Abdul Razak.


Iklan Terkini

Benih Durian Musang King
( / Buah-Buahan)

Benih Durian Musang King
10-13-2017

kerepek
( / Industri Asas Tani)

kerepek
06-24-2014

Galah Komposit Karbon Fiber
( / Jentera Pertanian)

noimage
06-10-2014

Kategori Acara

  • General
    General

    General events

    1 Event
  • Meeting
    Meeting

    Weekly meeting events.

    0 Events