Tanaman VitAto di Negeri Terengganu

Sumber: http://www.peladangtrg.com.my/

Tanaman VitAto merupakan salah satu tanaman kontan yang sedang dikomersialkan di negeri Terengganu. Seramai 144 ahli peladang yang mewakili beberapa buah PPK telah mengusahakan kira-kira 138 hektar keluasan tanah bagi tujuan pengeluaran ubi vitAto segar. Antara PP yang terlibat adalah PPK Pelagat, PPK Setu, PPK Maras / Batu Rakit dan PPK Kerandang. Pada tahun 2010, dianggarkan sebanyak 1,686 metrik tan ubi vitAto yang telah dituai.

Keledek jenis vitAto telah dikenal pasti sebagai tanaman alternatif terbaik kepada tanaman tembakau. VitAto juga berpotensi menggantikan bahan makanan import seperti tepung gandum bernilai RM800 juta setahun dan ubi kentang bernilai RM60 juta setahun.

Rantaian nilai VitAto akan dimantapkan melalui pembinaan sebuah kilang yang mengeluarkan tepung VitAto. Ini merupakan projek perintis dan ia adalah kilang tepung vitAto yang pertama Malaysia. Projek ini akan dilaksanakan di Kg. Gong Machang, Mukim Tembila, Besut di atas tapak milik PPK Kerandang. Pembinaan kilang dijangkakan bermula pada tahun 2010 Kilang dijangkakan akan mula beroperasi pada tahun 2011 dan diuruskan sepenuhnya oleh pengurusan PPNT.

Projek ini bertujuan membantu mengkomersilkan ubi vitAto yang mempunyai nutrisi yang sangat baik untuk kesihatan pengguna. Selain daripada itu, dapat membantu menstabilkan harga ubi vitAto dan secara tidak langsung memberi jaminan pasaran kepada penanam-penanam ubi. Bagi pihak PPNT pula, sentiasa terbuka untuk menerima pelawaan atau tempahan dari mana-mana pihak luar yang berminat dengan produk ini. Ini adalah kerana, tepung ubi VitAto boleh dikomersilkan untuk dijadikan produk hiliran sejuk beku yang lain seperti jejari ubi, donat, ban roti dan muffin


Iklan Terkini

Benih Durian Musang King
( / Buah-Buahan)

Benih Durian Musang King
10-13-2017

kerepek
( / Industri Asas Tani)

kerepek
06-24-2014

Galah Komposit Karbon Fiber
( / Jentera Pertanian)

noimage
06-10-2014

Kategori Acara

  • General
    General

    General events

    1 Event
  • Meeting
    Meeting

    Weekly meeting events.

    0 Events