PPK Kemaman Tanam Cendawan Susu Harimau Rawat Barah

Sumber : www.lpp.gov.my

PERTUBUHAN Peladang Kawasan PPK Kemaman akan mengusahakan penanaman dan pengeluaran cendawan susu harimau untuk tujuan perubatan tahun ini. Pengerusi Projek Cendawan PPK Syed Yasin Tuan Pandak berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia MARDI untuk merealisasikan projek Berkenaan. Cendawan susu harimau ini di katakan boleh dijadikan ubat untuk penyakit barah katanya kepada BERNAMA.


Syed Yasin berkata pihaknya sudah menyediakan tapak dan jika semuanya berjalan lancar penanaman cendawan itu mungkin dilaksanakan akhir tahun ini. Beliau menegaskan PPK Kemaman adalah PPK pertama di Terengganu yang akan mengusahakan penanaman dan pengeluaran cendawan itu di negeri ini setakat ini.


Katanya benih cendawan susu harimau itu akan diperoleh dari MARDI. Syed Yasin berkata cendawan susu harimau atau lebih dikenali kulat harimau lain daripada cendawan biasa kerana ia berisi seperti ubi dalam pelbagai bentuk. Cendawan ini sukar diperoleh kerana biasanya ia hanya tumbuh di kawasan hutan yang ada harimau katanya.


Beliau berkata cendawan itujuga amat unik kerana mengeluarkan cahaya seperti mata harimau apa bila terkena suluhan lampu pada waktu malam. Syed Yasin berkata harga cendawan itu dianggarkan mencecah RM50 sebiji dan buat masa ini ia boleh didapati dari Orang Asli di sekitar lebuh raya Jerangan Jabor. Beliau berkata pihaknya akan menandatangani kontrak dengan sebuah syarikat untuk membeli cendawan itu nanti. Cendawan ini biasanya mengeluarkan hasil selepas tiga bulan di tanam katanya - BERNAMA


Acara Terkini

Kategori Acara

  • Acara Umum
    Acara Umum

    Acara Umum

    2 Events
  • Aktiviti
    Aktiviti

    Aktiviti

    0 Events

Iklan Terkini

Benih Durian Duri Hitam 4kaki
( / Buah-Buahan)

Benih Durian Duri Hitam 4kaki
04-23-2018

Tongkat Ali Jaga
( / Industri Asas Tani)

Tongkat Ali Jaga
04-23-2018

Kopi Susu Kambing
( / Industri Asas Tani)

Kopi Susu Kambing
04-23-2018