NS ke arah pengeluar buah-buahan tempatan

ARKIB : 11/02/2013 JELEBU 10 Feb. - Sebanyak 40 batang pokok ditanam di kawasan rezab Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) daerah ini berhampiran pertemuan Sungai Teriang dan Sungai Klawang sempena program My Beautiful Malaysia di sini hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klawang, Datuk Yunus Rahmat berkata, usaha yang dilakukan itu bertujuan menjadikan kawasan pertemuan dua sungai itu satu daya penarik kepada orang ramai untuk datang berkunjung ke sini. ''Pokok yang ditanam itu ialah rambutan, pulasan dan durian.Pokok ini dibekalkan oleh Jabatan Pertanian nengeri dan akan dijaga dan dibaja oleh kakitangan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) negeri ini," katanya di sini semalam. Tambah Yunus yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, program itu turut disertai 24 jabatan kerajaan, selain pemimpim masyarakat dan orang ramai. ''Sebanyak 3,000 anak pokok buah-buahan telah dibekalkan ke setiap daerah supaya dapat diagihkan ke setiap rumah. ''Selepas ini, kita merancang untuk melaksanakan penanaman pokok nanas, di mana akan dibekalkan oleh Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM), sebagai tanaman selingan dengan pokok yang ditanam hari ini," ujarnya. Kata Yunus, dengan adanya tanaman nanas itu kelak, kerajaan negeri berharap akan menjadi pengeluar buah-buahan untuk pasaran penduduk Lembah Klang, selain memenuhi permintaan dalam negeri ini. © Utusan Melayu (M) Bhd


Acara Terkini

Kategori Acara

  • Acara Umum
    Acara Umum

    Acara Umum

    2 Events
  • Aktiviti
    Aktiviti

    Aktiviti

    0 Events

Iklan Terkini

Benih Durian Duri Hitam 4kaki
( / Buah-Buahan)

Benih Durian Duri Hitam 4kaki
04-23-2018

Tongkat Ali Jaga
( / Industri Asas Tani)

Tongkat Ali Jaga
04-23-2018

Kopi Susu Kambing
( / Industri Asas Tani)

Kopi Susu Kambing
04-23-2018