Industri Pertanian Sumbang 7% Ekonomi Negara

ARKIB : 21/01/2013 TASEK GELUGOR 20 Jan. - Sektor pertanian menyumbang sebanyak tujuh peratus kepada ekonomi negara pada tahun lalu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop. Beliau berkata, pertumbuhan itu dicapai disebabkan

kerajaan bijak merancang ekonomi setiap lima tahun dengan pengenalan program-program ekonomi. Beliau yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor berkata, kerajaan telah mengenal pasti beberapa bidang yang boleh menjana pendapatan kepada negara termasuk bidang pertanian dan industri asas tani yang berdaya maju. "Projek fasa pertama Model Pengurusan Estet Padi (EMM) berjaya menambah pendapatan petani kepada RM5,200 semusim bagi setiap sehektar, malah turut menggalakkan nilai keusahawanan di kalangan pesawah," katanya ketika merasmikan majlis menuai padi Program EMM di Nyior Sebatang di sini semalam. Model EMM iaitu kerjasama antara Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Seberang Perai Utara berjaya meningkatkan pengeluaran padi daripada empat tan metrik kepada 6.5 tan metrik sehektar musim ini. Pengenalan EMM di kawasan Seberang Perai Utara membantu meningkatkan pendapatan lebih 550 pesawah di kawasan itu. Sementara itu, Ketua Eksekutif NCIA, Datuk Redza Rafiq berkata, sebanyak 10 lokasi di daerah Seberang Perai Utara telah dipilih untuk pelaksanaan program EMM membabitkan kawasan seluas 1,000 hektar iaitu di Padang Menora, Nyior Sebatang, Permatang Manggis, Permatang Panjang, Permatang Binjai, Pantai Kamloon, Permatang Tok Brain, Kota Aur dan Sungai Kedak. "Pulau Pinang melalui Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) menjadi negeri pertama yang menjalankan model EMM di bawah program Koridor Utara dengan peruntukan berjumlah RM2.3 juta. "EMM juga dilaksanakan dengan objektif untuk menjadikan Wilayah Koridor Utara sebagai zon pengeluaran makanan moden melalui penghasilan produk makanan komersial di samping menggalakkan pelaburan kepada sektor swasta," katanya. Dalam pada itu Redza berkata, NCIA akan menambah keluasan tanah untuk pelaksanaan EMM daripada 1,000 hektar kepada 5,000 hektar menjelang 2020. Tambahnya, NCIA juga bercadang meluaskan pelaksanaan model itu di 2,000 hektar kawasan tanah terbiar yang telah dikenal pasti di Sik dan Kuala Muda, Kedah; Beseri, Perlis dan Batu Kurau di Perak. © Utusan Melayu (M) Bhd


Kategori Acara

  • Acara Umum
    Acara Umum

    Acara Umum

    2 Events
  • Aktiviti
    Aktiviti

    Aktiviti

    1 Event

Iklan Terkini

Tongkat Ali Jaga
( / Industri Asas Tani)

Tongkat Ali Jaga
04-23-2018

Kopi Susu Kambing
( / Industri Asas Tani)

Kopi Susu Kambing
04-23-2018

Putu Kacang
( / Industri Asas Tani)

Putu Kacang
04-23-2018