Nafas bina kilang makanan ayam

PASIR SALAK 19 Julai - Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) akan melaksanakan projek mengeluarkan makanan ternakan ayam sebagai penyelesaian jangka panjang untuk membendung kenaikan harga haiwan itu di pasaran.



Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata, Nafas akan bekerjasama dengan sebuah syarikat pengeluar makanan ayam terkenal di India untuk membuka sebuah kilang di sini.

Beliau berkata, kilang itu akan mengeluarkan makanan ayam sendiri bagi mengurangkan kebergantungan kepada bahan diimport dari luar negara.

"Kita arahkan Nafas mulakan projek tersebut sebagai penyelesaian jangka panjang kepada kenaikan harga ayam. Di peringkat permulaan, pengeluaran kilang tersebut tidak besar sangat dan tidak boleh memenuhi permintaan makanan ternakan ayam dalam negara.

"Namun, ini merupakan projek perintis dan jika kita dapati projek tersebut mendapat sambutan, Nafas akan membuka lebih banyak kilang makanan ayam ternakan itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa di Masjid al-Ansar, Chenderong Balai di sini semalam.

Mengulas lanjut, Tajuddin berkata, masalah kenaikan harga ayam pada masa ini disebabkan peningkatan harga kos bahan makanan ayam terutamanya jagung dan sayur yang diimport dari luar negara.

Namun, katanya, negara masih terpaksa mengimport bahan makanan ayam tertentu seperti jagung dan sayur-sayuran yang diproses kerana tanaman tersebut tidak sesuai dengan iklim di sini.

"Jagung itu bukan seperti jagung manis yang ditanam di Malaysia tetapi jenis lain. Jagung ini tidak boleh ditanam di Malaysia tetapi di negara yang mempunyai tanah dan iklim sesuai seperti India," katanya.



Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130720/dn_04/Nafas-bina-kilang-makanan-ayam#ixzz2mSjnuSop
© Utusan Melayu (M) Bhd


Kategori Acara

  • Acara Umum
    Acara Umum

    Acara Umum

    2 Events
  • Aktiviti
    Aktiviti

    Aktiviti

    1 Event

Iklan Terkini

Tongkat Ali Jaga
( / Industri Asas Tani)

Tongkat Ali Jaga
04-23-2018

Kopi Susu Kambing
( / Industri Asas Tani)

Kopi Susu Kambing
04-23-2018

Putu Kacang
( / Industri Asas Tani)

Putu Kacang
04-23-2018