Universiti Peladang ditubuh tahun depan

KUALA TERENGGANU 9 Julai - Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) mengadakan kerjasama dengan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dalam usaha mewujudkan Universiti Peladang di negara ini.


Pengerusi Nafas, Datuk Seri Saipolbahari Suib berkata, kampus pertama Universiti Peladang itu akan diadakan di Sungai Petani, Kedah pada awal tahun depan.

"Insya-Allah pengambilan peringkat pertama pelajar untuk kursus diploma akan kita buat pada Januari 2014," katanya kepada pemberita di sini.


Bagaimanapun, jumlah pelajar yang akan diambil untuk peringkat pertama itu belum dipastikan setakat ini.
 
Saipolbahari berkata, Universiti Peladang itu akan mempunyai kampus induknya sendiri iaitu di Bakri, Muar, setelah universiti itu berjalan dengan baik nanti.

Beliau berkata fokus Universiti Peladang masa depan akan menambahkan kursus-kursus seperti dalam bidang kedoktoran, arkitek, jurutera dan lain-lain. - BERNAMA

 

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130709/dn_53/Universiti-Peladang-ditubuh-tahun-depan#ixzz2mSk3PNp6
© Utusan Melayu (M) Bhd


Kategori Acara

  • Acara Umum
    Acara Umum

    Acara Umum

    2 Events
  • Aktiviti
    Aktiviti

    Aktiviti

    1 Event

Iklan Terkini

Tongkat Ali Jaga
( / Industri Asas Tani)

Tongkat Ali Jaga
04-23-2018

Kopi Susu Kambing
( / Industri Asas Tani)

Kopi Susu Kambing
04-23-2018

Putu Kacang
( / Industri Asas Tani)

Putu Kacang
04-23-2018