WELCOME TO HPPNK 2017

Bank Peladang ditubuh manfaat 820,000 ahli Nafas

KUALA TERENGGANU 8 Julai - Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) akan melaksanakan cadangan penubuhan Bank Peladang selepas kesemua urusan dan persiapannya selesai tahun depan bagi membantu kira-kira 820,000 ahlinya di seluruh negara.



Pengerusinya, Datuk Seri Saipolbahari Suib berkata, pihaknya kini sedang di dalam proses penubuhannya tetapi tidak dapat menjelaskan tempoh jangka waktunya

?Tetapi Bank Peladang ini akan menjadi kenyataan tahun depan. Bagi mempercepatkan proses pewujudan Bank Peladang itu, Nafas telah melantik juru perunding untuk menguruskan pewujudannya.

"Kami (Nafas) akan memastikan bank ini adalah milik ahli-ahli pertubuhan peladang.

"Sehingga hari ini, Nafas telah mengumpul dana RM33 juta daripada ahli peladang di seluruh negara," katanya kepada pemberita selepas majlis tilawah al-Quran Peladang peringkat negeri Terengganu di sini hari ini.

"Kami menyasarkan 1,000 saham dari setiap ahli dan kalau ada 820,000 ahli, kami jangka dapat kumpul dana RM820 juta," katanya.

Kini, katanya Nafas juga telah menjalin kerjasama dengan Agro Bank di mana 276 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dijadikan agen kepada bank itu.

Nafas juga melatih pekerjanya mengenai selok belok aktiviti perbankan supaya mereka mahir dan berpengalaman menguruskan bank apabila Bank Peladang itu wujud kelak. - BERNAMA



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130708/ek_19/Bank-Peladang-ditubuh-manfaat-820,000-ahli-Nafas#ixzz2mSkGqyH4
© Utusan Melayu (M) Bhd


Iklan Terkini

kerepek
( / Industri Asas Tani)

kerepek
06-24-2014

Galah Komposit Karbon Fiber
( / Jentera Pertanian)

noimage
06-10-2014

perlu bekalan pisang untuk kerepek
( / Industri Asas Tani)

noimage
06-03-2014

Kategori Acara

  • General
    General

    General events

    1 Event
  • Meeting
    Meeting

    Weekly meeting events.

    0 Events