Menteri puji usaha gigih PPK

TELOK PANGLIMA GARANG - Kejayaan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Langat menarik minat anak muda melibatkan diri dalam pertanian cili fertigasi merupakan satu pencapaian yang membanggakan bagi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP).

Mengambil contoh pengusaha cili fertigasi di kawasan Sijangkang yang mampu menjana pendapatan hampir RM2,000 sebulan dengan mengusahakan tanaman cili fertigasi, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Shabery Cheek menyifatkan kejayaan tersebut memberi wajah baharu kepada senario pertanian apabila ramai golongan belia berumur dalam lingkungan umur 20 hingga 40 tahun menjadikan tanaman cili fertigasi sebagai punca pendapatan.

“Saya nampak keadaan ini sangat bijak, dengan tanah seluas suku ekar dan 2000 polibeg cili seberat tiga ke tujuh kilogram setiap beg, anak-anak muda ini mampu mendapat pulangan yang lumayan,” katanya ketika berucap merasmikan Pusat Pengumpulan Hasil Pertanian PPK Kuala Langat di Telok Panglima Garang semalam.

Shabery berkata, beliau mahu pengeluar cili fertigasi di Kuala Langat yang kini berjaya mengeluarkan sehingga 200 tan cili setahun itu dapat meningkatkan pengeluaran supaya dapat bersaing dengan pasaran luar.

Menurutnya, pasaran cili import tetap ada namun cili fertigasi ini boleh membuka mata masyarakat untuk memilih produk tempatan yang sebenarnya jauh lebih baik berbanding produk dari negara luar.

“Saya juga akan menyokong usaha-usaha pusat pengumpulan yang lain untuk mencontohi pusat pengumpulan hasil pertanian di Kuala Langat ini agar dapat terus berkembang.

Sehingga kini kita mempunyai 200 pusat pengumpulan hasil pertanian di Malaysia dan 18 daripadanya di Selangor,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan, Datuk Seri Noh Omar berkata, beliau menyarankan supaya semua pusat pengumpulan hasil pertanian di Selangor dapat mencontohi 60 pengusaha cili fertigasi di Daerah Kuala Langat yang berjaya menjadikan tanaman cili fertigasi sebagai produk makanan yang terbaik di daerah itu.

Katanya, jika semua pusat pengumpulan yang ada di Selangor berjaya menghasilkan produk yang terbaik, masalah pertanian dapat diatasi.

 


Kategori Acara

  • Acara Umum
    Acara Umum

    Acara Umum

    2 Events
  • Aktiviti
    Aktiviti

    Aktiviti

    1 Event

Iklan Terkini

Tongkat Ali Jaga
( / Industri Asas Tani)

Tongkat Ali Jaga
04-23-2018

Kopi Susu Kambing
( / Industri Asas Tani)

Kopi Susu Kambing
04-23-2018

Putu Kacang
( / Industri Asas Tani)

Putu Kacang
04-23-2018