HPPNK 2017

Pertubuhan peladang gembira terima lori sejuk beku

KUALA LUMPUR 14 Nov.- Bagi memperkasakan industri pengeluaran makanan sekaligus mengurangkan kebergantungan terhadap orang tengah, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) hari ini menyerahkan lori sejuk beku (cool truck) kepada 10 pertubuhan peladang.

Majlis penyerahan sepuluh buah lori bernilai RM1.5 juta tersebut dilakukan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek di ibu pejabat LPP di sini.

“Dengan adanya lori sejuk beku ini pertubuhan peladang akan lebih berdaya saing dan mempunyai kemampuan untuk memasarkan produk-produk di luar kawasan mereka.

“Misalnya ada LPP yang aktif menghasilkan ayam. Ayam mereka itu perlu dihantar keluar daripada kawasan mereka maka lori sejuk beku ini boleh digunakan,” kata Ahmad Shabery.

Menurut Ahmad Shabery, LPP akan menyerahkan 13 lagi lori sejuk beku kepada pertubuhan peladang yang terpilih tahun hadapan. LPP menerima peruntukan RM4.75 juta tahun ini dan dan RM3.5 juta tahun depan bagi program pemasaran dan pengukuhan rantaian makanan.

Pertubuhan peladang yang menerima bantuan lori sejuk beku adalah Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas), Pertubuhan Peladang Bukit Gantang, Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bukit Gajah, Pertubuhan Peladang Negeri Selangor dan PPK Kuala Langat.

Turut menerima bantuan adalah Pertubuhan Peladang Negeri Sembilan, PPK Seremban, Pertubuhan Peladang Negeri Johor, PPK Ayer Baloi dan PPK Mersing.

Sementara itu, usahawan cili fertigasi PPK Kuala Langat, Norhasim Kamisan, 32 berkata, bantuan lori sejuk beku itu bukan sahaja mampu mengekalkan kesegaran produk yang dipasarkan tetapi juga meningkatkan pendapatan para usahawan.

“Lori ini mampu menyumbang peningkatan 30 peratus pendapatan usahawan-usahawan. Kita ada 300 usahawan bernaung di bawah projek Fertigasi Hijau di Kuala Langat.

“Ketika ini kita ada lori yang ada kanvas sahaja tetapi dengan adanya lori sejuk beku ini aspek pemasaran lebih efisyen,” kata Norhisham.

Manakala Pengerusi Pertubuhan Peladang Bukit Gantang, Datuk Ahmad Mansor, 80 berkata, bantuan lori sejuk beku tersebut mampu meningkatkan pendapatan usahawan sebanyak 50 peratus.

“Pertubuhan kita membekalkan ayam daging. Terima kasih kepada kementerian dan LPP yang membantu menyediakan lori ini.

“Lori ini dapat kurangkan keberantungan terhadap orang tengah dan keuntungan kita boleh meningkat 50 peratus. Sebelum ini kita ada dua lori sejuk beku sahaja dan dengan bantuan ini kita tidak lagi memerlukan bantuan orang tengah untuk memasarkan produk kita,” jelas Ahmad.

 


Iklan Terkini

kerepek
( / Industri Asas Tani)

kerepek
06-24-2014

Galah Komposit Karbon Fiber
( / Jentera Pertanian)

noimage
06-10-2014

perlu bekalan pisang untuk kerepek
( / Industri Asas Tani)

noimage
06-03-2014

Kategori Acara

  • General
    General

    General events

    1 Event
  • Meeting
    Meeting

    Weekly meeting events.

    0 Events