HPPNK 2017

Dari Akhbar Online

Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2014) anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan menemui orang ramai di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) bermula 20 hingga 30 November depan.

Bertemakan Agroteknologi-Pemangkin Tranformasi, pameran dwitahunan itu lebih menumpukan kepada penyertaan golongan muda. Ia membabitkan lapan fokus utama; Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK), Industri Agro Makanan, Industri Asas Tani, Agro Belia, Cabaran Inovasi Pertanian Malaysia (MAgIC), Agro Pelancongan, Agro Gaya Hidup dan Agro Dagang. 

Berasaskan inisiatif memperkayakan sektor pertanian dan memba­ngunkan pertanian baru, MAHA 2014 menggariskan beberapa objektif.

Antaranya mempamerkan perkemba­ngan terkini industri asas tani dan agro makanan di Malaysia serta meningkatkan pemahaman mengenai arah tuju pembangunan pertanian dan perniagaan industri agro makanan.

Selain itu, menyediakan satu landasan bagi pembangunan dan peluang perniagaan di dalam dan luar negara serta menggalakkan dan mendorong pembabitan belia dalam agro makanan dan industri asas tani.

Pada masa sama menjadikan MAHA sebagai pameran perdagangan yang dapat menarik pe­nyertaan sektor swasta.

Majlis prapelancaran MAHA 2014 disempurnakan Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di MAEPS, baru-baru ini.

Ismail Sabri turut merasmikan Program Road To MAHA yang akan mempromosikan MAHA di beberapa negeri terpilih seperti di Pulau Pinang, Pahang, Perak, Kelantan, Terengganu, Kedah, Sabah, Melaka dan Johor.

Hadir sama, Timbalannya Datuk Tajuddin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Datuk Mohd Arif Ab Rahman; Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan) Datuk Raihan Sharif, Ketua Pengarah MARDI Datuk Dr Sharif Haron dan Ketua Pengarah FAMA, Datuk Ahmad Ishak. 
Ismail Sabri berkata, tujuan Agro Belia bagi menggalakkan dan mendorong pembangunan usahawan muda sebagai jaminan masa depan pertanian negara.

Katanya, Agro Gaya Hidup pula adalah program lawatan untuk menggalakkan pengunjung me­ngamalkan gaya hidup yang mengandungi unsur pertanian dan alami.

“Selaras dengan moto pertanian adalah perniagaan, kita mahu menggalakkan penyertaan golo­ngan muda dalam bidang ini, sekali gus membuang sentimen yang sektor ini kotor, remeh dan tidak menjamin masa depan,” katanya.

MAHA katanya, adalah pameran pertanian tertua, terbesar dan unik di Malaysia pada hari ini.

“Bermula pada 1923 sebagai pertandingan dan pertunjukan pertanian semata-mata, kini MAHA berubah menjadi acara besar. 
“Di dalamnya terang­kum sejarah, hakikat semasa dan harapan masa depan rakyat. Kini ia menjadi acara ‘signature’ yang ditunggu-tunggu kehadirannya,” katanya.

Menyentuh mengenai tema katanya, ia sejajar dengan hasrat kerajaan mewujudkan industri pertanian yang lestari sebagai pemangkin kemajuan ekonomi serta kesejahteraan rakyat.

“Setiap jabatan dan agensi diarahkan untuk mewujudkan program agropreneur muda dan masing-masing diberi sasaran untuk mewujudkan 100 agropreneur muda setiap tahun.

“Setakat ini, minat yang ditunjukkan serta respons terhadap program ini nampaknya amat menggalakkan sekali,” katanya. 
Dari setahun ke setahun katanya, MAHA terus bergerak ke hadapan dalam mentransformasikan sektor pertanian kepada sektor lebih dinamik, inovatif, kompetitif dan yang menyumbang secara positif kepada ekonomi negara.

“Tidak syak lagi MAHA menjadi semakin baik, efektif dan maju baik dari aspek penganjurannya mahupun kesan terhadap minat rakyat Malaysia dalam bidang agro makanan serta ekonomi negara.

“Kementerian berasa bangga dapat menganjurkan acara ini sekali lagi dan berharap menjadikan acara kali ini sebagai terbaik pernah dianjurkan,” katanya.

Pihaknya menjang­kakan jumlah pengunjung dan transaksi yang dijalankan sepanjang pameran berkenaan meningkat dengan kira-kira 2,000 gerai pameran disediakan untuk pengunjung.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/15

Sumber : http://www2.hmetro.com.my/articles/MAHA2014_Ajakbeliabertani/Article

Oleh Mohd Sabran Md Sani

KANGAR 20 Ogos - Industri tanaman padi perlu mengalami satu evolusi supaya pengurusannya lebih moden, hasil padi meningkat, pendapatan petani tinggi serta mampu menjana pekerjaan.

Sehubungan itu Ahli Parlimen Kangar, Ir. Shaharuddin Ismail berkata, pengagihan air, penggunaan teknologi moden dan pengurusan sawah juga perlu dilaksanakan dengan lebih cekap.

''Jika semua pihak bersatu maka hasil pengeluaran padi dan pendapatan pesawah akan meningkat," katanya ketika berucap melancarkan Program Peningkatan Hasil ''Much More Rice'' Bersama Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)/Bayer/Syarikat Perniagaan Peladang MADA (SPPM) Peringkat MADA Wilayah 1 di Kampung Peladang C, Pertubuhan Peladang Kebangsaan (PPK) B-1 Kayang di sini hari ini.

Beliau turut merasmikan tapak ujian semaian padi yang menggunakan produk inovasi Bayer.

Sebanyak 17 pesawah MADA di kampung ini mendapat insentif untuk terlibat dalam program inovasi ini.

Shaharuddin berkata, dengan penggunaan produk yang berinovasi melalui kerjasama dengan MADA/Bayer CropScience/SPPM dijangka mampu membantu pesawah meningkatkan hasil padi sebanyak 15 hingga 25 peratus.

Katanya, penggunaan produk berinovasi itu diharap akan membantu pesawah yang sering dihimpit dengan pelbagai masalah.
Beliau berharap, pesawah yang terlibat akan dapat menggunakan sepenuhnya inovasi baru di dalam pertanian padi pada musim ini.

Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/Utara/20130821/wu_01/Lonjak-pendapatan-petani

21/8/2013

Oleh ABD. RAZAK OSMAN This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. Mohd. Tajudin Abdullah (kanan) melakukan kerja menanam pokok padi menggunakan jentera moden dalam Majlis Pelancaran Program Model Pengurusan Estet Padi di Kampung Belantik, Sik, Kedah, semalam. SIK 6 Mac - Tiada berita yang lebih menggembirakan buat 175 petani dari dua kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Belantik di sini, melainkan mereka kini dipilih menyertai Program Model Pengurusan Estet Padi (EMM). Bermula hari ini, nasib petani berkenaan yang rata-ratanya miskin dijangka berubah selepas diberikan peluang mengusahakan padi secara berkelompok. Projek yang dikendalikan syarikat swasta, Intimate Resource Sdn. Bhd. itu merupakan salah satu inisiatif daripada rancangan pembangunan ekonomi wilayah utara. Sebanyak RM3.7 juta dibelanjakan bagi membiayai projek seluas 107 hektar itu. Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Sik, Datuk Mohd. Tajudin Abdullah berkata, projek itu dijangka mengubah nasib para petani yang sebelum ini dibelenggu masalah hasil tidak menentu di kawasan itu. "Lebih 10 tahun kawasan sawah padi di sini terbiar. Malah. ramai anak muda kampung tidak berminat melakukan kerja-kerja sawah. "Mereka lebih minat bekerja di sektor perkilangan kerana pendapatan bulanan begitu lumayan. Oleh itu, projek EMM ini dijangka memberikan nafas baharu kepada keluarga petani," katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Belantik dalam majlis pelancaran program itu. Menurut Mohd. Tajudin, projek yang dilaksanakan kerajaan itu dijangka mampu memberikan pulangan lumayan kepada petani sekiranya dikendalikan dengan teratur dan tersusun. "Saya kagum kerana kawasan sawah yang dulunya terbiar kini mula berubah wajah. Kini, ada kemudahan sistem perparitan dan jalan ladang," katanya. Sementara itu, Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), Datuk Redza Rafiq berkata, pihaknya sedia memberikan bimbingan kepada mana-mana syarikat swasta yang berminat bagi mengendalikan projek itu. Menurutnya, sehingga kini, dua Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) diberi peluang melaksanakan projek itu termasuk di Kuala Muda, Kedah dan di Beseri, Perlis. "Kita mampu bangunkan kawasan itu bagi mengeluar hasil 10 tan sehektar melalui bidang teknologi moden," katanya. Beliau menegaskan, pihaknya juga bercadang memperluaskan skim tanaman padi berkelompok itu ke beberapa lagi kawasan di daerah Baling dan Sik. "Kita juga sedia memberi kerjasama kepada mana-mana pihak untuk membesarkan projek sedia ada," jelasnya. Redza memberitahu, setakat ini, pihaknya telah mengeluar peruntukan sebanyak RM23.7 juta bagi memajukan bidang pertanian di Kedah, Perlis, Perak dan Pulau Pinang yang memberi manfaat kepada 1,200 petani. Dalam pada itu, Pengarah Urusan Intimate Resource Sdn. Bhd., Tajudin Hashim berkata, ramai penduduk di kampung tersebut gembira selepas mengetahui pihaknya mahu menyelesaikan pelbagai masalah berkaitan tanaman padi. "Sebelum melaksanakan projek itu, saya telah mengadakan perbincangan awal dengan pelbagai agensi pertanian dan mereka bersetuju rancangan itu diteruskan," katanya. Peserta projek itu, Robiah Mat Daud, 53, dari Kampung Belantik berkata, dia sanggup menyerahkan tanah miliknya untuk diusahakan syarikat swasta tersebut. "Mereka mempunyai banyak kemudahan dan kepakaran untuk menanam padi setahun dua kali di kawasan itu dan saya bersetuju menyerah tanah sawah untuk mereka usahakan mengikut syarat-syarat tertentu," katanya. Bagi Mahyudin Ahmad, 44, dari Kampung Bukit Berangan pula katanya, ramai penduduk tidak lagi mengusahakan sawah padi kerana dibelenggu pelbagai masalah. Walau bagaimanapun, tambahnya, dengan menyertai skim EMM sawah padi termasuk miliknya kini diberikan nafas baharu. "Saya sokong sepenuhnya kerana projek yang dilaksanakan itu banyak memberi kebaikan kepada penduduk setempat," katanya. Seorang lagi petani, Salleh Shari, 54, dari Kampung Belantik memberitahu, hanya mereka berpengalaman sahaja mampu memajukan bidang pertanian seumpama itu. "Dulu penduduk kampung sanggup melakukan kerja-kerja sawah tanpa mengenal erti jemu dan bosan kerana kemudahan air senang diperoleh tetapi keadaan sekarang telah banyak berubah, sesetengah tempat sawah jadi kering-kontang," katanya. Sementara itu, Pegawai Daerah Sik, Datuk Ismail Said berkata, dia gembira kerana Kampung Belantik Dalam di sini, bakal mengalami perubahan besar tidak lama lagi. "Terima kasih kepada pihak pengurusan Intimate Resource Sdn. Bhd. dan NCIA kerana berganding bahu melakukan perubahan dalam sektor pertanian di kampung ini," katanya. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Utara/20130307/wu_01/Nasib-petani-miskin-berubah#ixzz2OWydIl2U © Utusan Melayu (M) Bhd

ARKIB : 16/02/2013 RM8.5j untuk petani Kota Marudu Oleh SITTI NOR AZIZAH TALATA This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. Maximus Ongkili (dua dari kanan) meninjau sebuah gerai di Tamu Kota Marudu, Sabah, semalam. KOTA MARUDU 15 Feb. - Sebanyak 19,752 petani di daerah ini menerima peruntukan RM8.5 juta daripada Kerajaan Pusat dalam bentuk insentif, termasuklah penerima ulangan di bawah pelbagai skim untuk meningkatkan hasil pertanian. Ahli Parlimen Kota Marudu, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili berkata, insentif diberikan untuk membantu daerah itu menjadi salah satu pusat utama pertanian di negeri ini. "Insentif yang diberikan itu melibatkan Skim Insentif Pengeluaran Padi (Input Pertanian), Dasar Makanan Kebangsaan dan Skim Insentif Pengeluaran Padi yang disalurkan melalui Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP). "Insentif tahunan itu adalah dalam bentuk baja dan bahan kimia kawalan rumpai perosak dan penyakit untuk penanaman padi," katanya ketika ditemui selepas melancarkan Tamu Peladang Kota Marudu di Pekan Tandek di sini hari ini. Maximus yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, insentif yang diberikan diharap dapat membangunkan lagi sektor pertanian sebagai penyumbang utama bagi ekonomi penduduk di daerah itu. Katanya, pengagihan insentif itu merupakan sebahagian usaha transformasi kerajaan untuk mengeluarkan golongan berpendapatan rendah daripada garis kemiskinan menjelang 2015. Beliau menambah, terdapat 7,000 petani yang berdaftar dengan Jabatan Pertanian negeri di daerah ini. Mengenai program Tamu Peladang, Maximus berkata, ini akan memberikan lebih banyak ruang bagi petani untuk menjual produk pertanian dan makanan mereka. "Oleh itu, saya menggesa petani agar lebih inovatif dalam meningkatkan hasil pertanian termasuk menggunakan teknologi dan bantuan yang disediakan oleh kerajaan kerana dengan cara ini mereka boleh meraih pendapatan lebih banyak," ujarnya. Beliau turut memberikan jaminan bahawa transformasi dan kemajuan yang dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN) akan membantu penduduk luar bandar menikmati kehidupan lebih baik. © Utusan Melayu (M) Bhd
Page 1 of 2

Iklan Terkini

kerepek
( / Industri Asas Tani)

kerepek
06-24-2014

Galah Komposit Karbon Fiber
( / Jentera Pertanian)

noimage
06-10-2014

perlu bekalan pisang untuk kerepek
( / Industri Asas Tani)

noimage
06-03-2014

Kategori Acara

  • General
    General

    General events

    1 Event
  • Meeting
    Meeting

    Weekly meeting events.

    0 Events