MINUMAN KELUARAN PELADANG

Oleh Mohamad Hussin

Peningkatan kos sara hidup warga kota terutama perbelanjaan makanan mencetuskan idea aktiviti penanaman dalam bandar berikutan kebanyakan kawasan penanaman sayur di negara ini hanya terdapat di kawasan luar bandar.

Langkah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) mewujudkan Pusat Pengumpulan Hasil Pertanian (PPHP) bagi membantu peladang menyelesaikan masalah pemasaran hasil pertanian pada harga berpatutan. PPHP menyediakan perkhidmatan kutipan hasil pertanian terus dari ladang atau kampung untuk dipasarkan.

TELOK PANGLIMA GARANG - Kejayaan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Langat menarik minat anak muda melibatkan diri dalam pertanian cili fertigasi merupakan satu pencapaian yang membanggakan bagi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP).

http://www.utusan.com.my/

 

  

  

SHABERY CHEEK (tiga dari kanan) menyampaikan replika geran Agroprenuer Muda kepada wakil petani muda sambil disaksikan Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar (belakang dua dari kiri) dan Abdul Razak Khasbullah (kanan).

 

UTUSAN MALAYSIA: Kongsikan tentang peranan pihak Pertubuhan Peladang Negeri Selangor (PPNS) bagi menggalakkan industri pertanian khususnya tanaman untuk makanan di negeri ini?

 

DR. ABDUL RAZAK KHASBULLAH: Pihak PPNS khususnya dan PPK Kuala Langat amnya komited untuk menjadikan industri pertanian di negeri ini sebagai sumber tabung makanan negara.

Justeru banyak program yang telah dirancang untuk peladang muda di bawah 40 tahun bagi menyuntik semangat kepada me­reka menceburi bidang ini.

 

Sebagai Pengerusi Jemaah PPNS, antara bidang pertanian yang diberi penekanan adalah cili fertigasi dan haiwan ternakan yang mana sebanyak RM31.3 juta diperuntukkan untuk memajukan bidang ternakan di PPK Kuala Langat.

Ini sekali gus membuktikan keyakinan ti­nggi pihak Kementerian Industri Asas Tani kepa­da PPK di daerah ini.

 

Bagaimana pula dengan sokongan kerajaan dalam bidang ini?

PPK Kuala Langat mahupun di peringkat negeri me­­nyambut baik peruntukan bajet RM100 juta oleh kerajaan bagi menggalakkan petani di bawah program Unit Agropreneur Muda (UAM) untuk menjadikan pertanian sebagai sumber ekonomi utama rakyat negara ini.

Terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sentiasa membantu usahawan tani muda untuk menyumbang kepada penghasilan produk pertanian di negara ini.

Selaras dengan dasar Transformasi Nasional (TN) 50, PPK Kuala Langat sentiasa fokus untuk menjadikan usahawan tani muda sebagai benteng terakhir pengeluar makanan negara menjelang tahun 2050.

 

Apakah kursus-kursus yang te­lah dan akan dilaksanakan ba­gi menggalakkan penglibatan go­longan muda hingga peringkat rakyat yang akan bersara?.

PPK Kuala Langat bersama Syarikat Fertigasi Hijau banyak menganjurkan kursus asas menanam cili dan rock melon melibatkan bakal pesara agensi kerajaan dan swasta, pelajar-pelajar dan Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) di sekolah-sekolah.

Seramai 1,500 orang telah mengikuti kursus setakat ini, sama ada di sekolah-sekolah mahupun di lain-lain tempat yang mana kita menyasarkan kelompok ini mampu menggunakan kemahiran diperoleh untuk mencari rezeki.

Bayaran dikenakan berpatutan bagi membolehkan lebih ramai peserta mengikuti kursus.

Kos kursus juga ditampung dari geran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang mana pihak Menteri, Datuk Ahmad Shabeery Chik menggalakkan program sedemikian diteruskan dari masa ke semasa.

 

Misi dan visi pihak PPK Kuala Langat khususnya dan LPP amnya bagi memastikan bidang pertanian menjadi nadi ekonomi masyarakat?

Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang Malaysia, Tan Sri Zainal Dahalan begitu komited untuk menggerakkan usaha bagi menjadikan pertanian sebagai antara bidang yang perlu dipelajari oleh anak-anak kita melalui Kor Tani dan Agropreneur Muda dalam usaha meremajakan industri pertanian.

Buat masa ini di PPK Kuala Langat usahawan tani terdiri daripada anak-anak muda yang gigih mengusahakan tanaman cili walaupun mereka pernah diuji dengan kegagalan.

 

Difahamkan pihak PPK Kuala Langat dan Pusat Pengumpulan Hasil Ladang (PPHL) mempunyai produk lain selain cili dan rock melon. Boleh kongsikan sedikit?

PPHL Teluk Panglima Garang turut menjual bahan makanan seperti beras . Begitu juga dengan penternakan lembu dan kambing untuk pasaran tempatan dan luar Selangor.

PPK Kuala Langat juga menghasilkan lembu yang terbaik di negeri ini dan kita mendapat permintaan tinggi untuk membekalkan lembu korban setiap tahun dan permintaan terus me-ningkat saban tahun.

Bagaimana kolaborasi PPK Kuala Langat dan PPNS dengan syarikat lain?

 

Kita berkolaborasi memasarkan produk makanan untuk haiwan ternakan dengan Syarikat Arisprop Sdn. Bhd bagi pasaran negeri ini dan seluruh negara dan PPHL Teluk Panglima Garang menjadi pusat pemasarannya.

Selain produk makanan khususnya untuk makanan haiwan ternakan, kolaborasi turut dijalinkan dengan Syarikat Era D Mansion bagi memasarkan beras dengan jenama PPNS melibatkan dua jenis beras iaitu beras super special tempatan lima peratus hancur dan beras mayang super special import lima peratus hancur bagi pasaran di negeri ini.

 

Apakah kejayaan PPK Kuala Langat dan Dr.Abdul Razak sendiri dalam bidang ke­pimpinan sejak dari dahulu hingga kini?

Saya menjadi ahli pertubuhan peladang pada awal 1980 an, menjadi setiausaha unit PPK Sijangkang sebelum menjadi jemaah PPK paling muda hingga menjadi Pengerusi PPK Kuala Langat dan kini Pengerusi Ahli Jemaah PPNS.

Kejayaan PPK Kuala Langat adalah menjadi penerima Anugerah Tokoh Peladangnita Jaya pe­ringkat kebangsaan pada tahun 1980 an dan Tokoh Peladang Jaya pada tahun 2015 yang di­terima Sai­pol Azimir Zainuddin dari Ban­ting yang berjaya dalam bidang pen­ternakan lembu.

Unit PPK Sijangkang juga men­jadi antara unit yang diiktiraf di peringkat kebangsaan selain Unit Labohan Dagang, dan ini adalah sebahagian kejayaan dikecapi PPK Kuala Langat.

 

 

http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/fokus-lahir-usahawan-tani-muda-1.449702

PPK Mersing ternak udang harimau, udang putih

 

 

 

MERSING 18 Jan. - Udang harimau dan udang putih ketika ini semakin mendapat permintaan tinggi di negara ini. Penternakan udang itu semakin berkembang pesat dan banyak pihak sama ada swasta, agensi kerajaan serta individu mengusahakannya.

Udang harimau dan udang putih gred A bersaiz besar begitu dicari dan ramai sanggup membelinya terutama masyarakat Tionghua yang akan menyambut Tahun Baharu Cina hujung bulan ini walaupun harganya mencecah sehingga RM130 sekilogram.

Selain pasarannya luas, hasil lumayan dan habitat haiwan itu yang sesuai diternak dalam kolam, daya ketahanan yang ti­nggi serta kadar tumbesaran cepat, menjadi faktor utama udang berkenaan menjadi pilihan untuk diternak.

 

Bagi memastikan bekalan dan permintaan mencukupi, Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Mersing mengusahakan ternakan itu seluas 20 hektar di Kampung Tenglu Laut di sini sejak 2004.

Projek itu yang mempunyai 18 kolam berbanding hanya tujuh kolam pada peringkat awal, berjaya menghasilkan produktiviti bersekala besar dan mampu memenuhi pasaran domestik.

Pengurus Besar PPK Mersing, Omar Othman berkata, bagi men­jayakan misi tersebut seorang pengurus projek ditempatkan dengan dibantu seorang penyelia ladang serta lima pekerja am.

Beliau berkata, projek itu menerima bantuan kerajaan negeri dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) sebanyak RM1.68 juta merangkumi kerja awalan, pembangunan, peralatan, bio sekuriti, pembaikan, pemulihan kolam dan kerja-kerja infrastruktur.

“Pada masa ini kami hanya mampu menghasilkan kira-kira tiga tan metrik bagi setiap kolam untuk sekali tuai. Bagi memenuhi keperluan dan permintaan yang tinggi kami bercadang meningkatkan kepada enam tan metrik bagi setiap kolam.

“Daripada segi pasaran pula, kira-kira 70 peratus hasil udang kami dipasarkan terus kepada pemborong dan 30 peratus lagi ke pusat pengumpulan hasil pertanian di 28 PPK negeri ini.

“Bagi meningkatkan pengeluaran sekali gus memenuhi permintaan, kami dalam proses untuk menggunakan teknologi terkini dalam industri ternakan tersebut,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

 

http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/johor/ppk-mersing-ternak-udang-harimau-udang-putih-1.433206

PPNS tawar harga beras lebih murah

 

 

Zainal DAHALAN (dua dari kiri) bersama Sulaiman Mohd. Karli (kiri) dan Nor Faizah Omar (empat dari kiri) menunjukkan isyarat bagus pada majlis pelancaran Pusat Pengumpulan Hasil Ladang di Kuala Langat, Selangor, kelmarin. UTUSAN/ ABDUL RAZAK IDRIS

 

KUALA LANGAT 23 Feb. – Pertubuhan Peladang Negeri Selangor (PPNS) meletakkan sasaran untuk memasarkan sehingga 28,000 guni beras super special tempatan lima peratus hancur dan beras mayang super special import lima peratus hancur setiap bulan bagi pasaran negeri ini.

 

Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang, Tan Sri Zainal Dahalan berkata, beras berkenaan yang dikeluarkan hasil kerjasama PPNS dengan Era D Mansion Sdn. Bhd., boleh dibeli di semua 14 Pusat Pengumpulan Hasil Ladang (PPHL) dengan harga lebih murah berbanding jenama lain.

 

“Beras super special tempatan lima peratus hancur kapasiti 10 kilogram dijual pada harga RM24.50 lebih murah berbanding harga pasaran RM26 manakala beras mayang super special import lima peratus hancur dijual RM29.70 berbanding harga pasaran RM34.

 

 

“Dengan penjimatan ini, diharap ia dapat sedikit sebanyak membantu mengurangkan beban orang ramai yang ketika ini terpaksa berhadapan dengan kos sara hidup meningkat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pemasaran beras tersebut di sini .

 

Yang turut hadir Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Kuala Langat, Datuk Sulaiman Mohd. Karli; Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Selangor, Nor Faizah Omar; Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Selangor, Ahmad Fuad Zakaria dan Pengerusi Ahli Jemaah Pertubuhan Peladang Selangor, Abdul Razak Kasbollah.

 

Zainal berkata, pemilihan PPHL sebagai pusat jualan bertujuan mengaktifkan aktiviti pemasaran produk pertanian di pusat berkenaan, di samping menarik orang ramai untuk mendapatkan produk peladang yang segar, berkualiti serta dijual pada harga rendah.

Dalam perkembangan berasingan, beliau berkata, pihak­nya menyasarkan sekurang-kurangnya 40 buah sekolah di seluruh Selangor menubuhkan Kebab Pertanian Sekolah dan Kor Tani sehingga akhir tahun ini.

 

“Penubuhan kelab ini pen­ting sebagai pendedahan awal buat golongan muda kepada aktiviti pertanian yang menjanjikan pendapatan lumayan sekiranya diusahakan dengan betul dan mengikut amalan pertanian baik,” katanya

 

http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/ppns-tawar-harga-beras-lebih-murah-1.448547

Dulu pengetua, kini petani berjaya Tanam cili guna kaedah fertigasi

 

Mohamad Mat Adam memberi tumpuan sepenuhnya terhadap penanaman cili fertigasi berhampiran rumahnya di Kampung Gong Guchil, Pasir Puteh, Kelantan, baru-baru ini.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/kelantan/dulu-pengetua-kini-petani-berjaya-1.446552#ixzz4aFXW4F34 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

 

PASIR PUTEH 19 Feb. - Selepas berpuluh-puluh tahun menjadi pendidik termasuk mentadbir sekolah, akhirnya bekas pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Pak Amat, di sini memilih dunia pertanian bagi mengisi kekosongan selepas bersara.

 

Faktor umur bukan penghalang, malah Mohamad Mat Adam, 70, membuktikan dia masih memiliki kudrat mengusahakan ternakan ayam komersial menggunakan pendingin hawa sebelum beralih berjinak-jinak dengan penanaman cili menggunakan kaedah fertigasi.

 

“Kini sudah 14 tahun saya bersara dari dunia pendidikan. Kerjaya baharu saya lebih berfokus kepada pertanian. Berbudi kepada tanah dan lebih tenang mengurus kebun fertigasi, melihat kehijauan pokok serta menikmati hasil tuaiannya.

 

 

“Saya tidak bertahan lama dalam dunia ternakan kerana be­berapa kekangan termasuk ke­naikan kos pengurusan berban­ding dengan usaha menanam cili jenis kulai,” katanya ketika ditemui di kawasan kebunnya di Kampung Gong Guchil di sini.

 

Mohamad berkata, usaha menanam cili secara kecil-kecilan bermula pada tahun 2005 dan kapasitinya ditingkatkan selepas aktif bersama Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bukit Awang yang merupakan penggerak pengeluaran hasil cili kulai komersial.

 

Sehingga kini cili kulai yang diusahakan Mohamad di atas tanah seluas sehektar berjumlah 4,000 pokok dan secara purata­nya menghasilkan 150 kilogram cili untuk setiap tuaian.

 

Menurut Mohamad, jika penjagaan pokok dibuat dengan ba­ik, setiap pokok boleh dikutip hasil­nya sebanyak 70 kali.

 

“Saya tidak perlu lagi bergegas ke sekolah, sekarang fokus saya mengurus kebun yang juga sebagai sebahagian pendekatan untuk menjaga kesihatan diri pada usia yang sebegini. Syukur saya masih sihat dan ada keupayaan untuk terus berkebun,” katanya.

 

Mohamad berkata, bimbingan dan bantuan yang disalurkan oleh PPK Bukit Awang termasuk modal RM10,000 bagi memulakan projek penanaman itu beberapa tahun lalu turut menyuntik semangatnya untuk terus berdaya maju.

 

“Saya mempelajari ilmu dan menerima bimbingan yang ber­kaitan dengan pertanian daripada PPK Bukit Awang,” katanya.

Menurut Mohamad, pertanian me­rupakan aktiviti yang boleh memberi keuntungan kepada peng­usahanya yang tabah, gigih dan sentiasa bersedia mempraktikkan teknik-teknik pertanian moden.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/kelantan/dulu-pengetua-kini-petani-berjaya-1.446552#ixzz4aFXdUEaq 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

AZIZAN ABD. HAMID( kiri) sentiasa mengadakan perbincangan dengan pegawainya bagi mengatur strategi meningkatkan ekonomi masyarakat dalam bidang pertanian.utusan/ASWAD YAHYA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/memperkasa-masyarakat-tani-1.484996#ixzz4mNrKN7zy 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

 

BUKAN semua orang berminat untuk bercakap tentang isu pertanian, namun berbeza buat Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Negeri Sembilan, AZIZAN ABD. HAMID yang sudah ‘masak’ dengan topik tersebut.

Dalam pertemuan hampir sejam baru-baru ini, beliau mengupas pelbagai isu pertanian termasuk potensi dan cabaran melibatkan peladang dan usahawan tani di negeri ini.

 

Kepada Wartawan Utusan Malaysia, HARADIAN SHAH HAMDAN, beliau turut berkongsi tentang peranan dan hala tuju LPP negeri dalam membantu meningkatkan taraf ekonomi masyarakat tani di negeri ini.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/memperkasa-masyarakat-tani-1.484996#ixzz4mNpmKH3z 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

 

 

AZIZAN ABD. HAMID :LPP ditubuhkan pada 14 Februari 1973 bertujuan memikul tanggungjawab dalam membantu meningkatkan ekonomi dan sosial masyarakat tani di negara ini melalui sebuah badan yang khusus.

LPP yang berada di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berperanan mendaftar dan menyelia serta memba­ngunkan ahli-ahli Pertubuhan Peladang dengan menggalakkan penglibatan mereka dalam sektor pengeluaran bahan makanan.

Perkhidmatan LPP turut me-rangkumi antaranya pengurusan dan pembangunan sumber manusia, automasi ladang, bekalan, pembiayaan dan khidmat nasihat, teknologi memproses makanan, pemasaran dan perkhidmatan dalam talian.

Dalam konteks LPP Negeri Sembilan, kita mempunyai 158 kakitangan yang melibatkan lima cawangan utama iaitu urusan pendaftaran, teknologi maklumat, pentadbiran dan kewangan, pembangunan dan audit pertubuhan.

Berapakah Pertubuhan Peladang yang berdaftar dan jumlah usahawan tani yang menjadi ahli di Negeri Sembilan?

Terdapat satu Pertubuhan Peladang Negeri dan 11 Pertubuhan Peladang kawasan (PPK) di negeri ini. Sehingga kini jumlah keseluruhan ahli ialah seramai 27,850 orang dengan jumlah saham mereka bernilai RM10,211,038.

Apakah projek yang telah mendapat peruntukan dana LPP dan bagaimana pencapaiannya?

Kita menyalurkan peruntukan pembangunan iaitu dengan anggaran RM500,000 setiap tahun. Antara yang menerima manfaat ialah projek tanaman cili dan rock melon secara fertigasi di PPK Seremban, Jempol dan Rompin Jelai.

Dalam industri padi, terdapat estet padi di PPK Pilah dan Jelebu serta pusat pembelian padi yang beroperasi di Melang, Kuala Pilah.

Selain itu, ada projek menghasilkan benih udang bagi me­nyahut saranan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan untuk menjadikan negeri ini hab pengeluar utama udang galah negara. Sehingga kini, projek itu mempunyai kapasiti seba­nyak dua juta benih udang dalam setiap pu­singan.

Sejauhmana penyertaan go­longan muda dalam bidang pertanian.

LPP sentiasa menyahut seruan kerajaan bagi membantu melahirkan usahawan muda meningkatkan hasil pertanian.

Pelbagai dana disediakan se-perti Tabung Usahawan Usahaniaga Peladang dan Tabung Pembangunan Usahawan Kortani untuk mereka melibatkan diri.

Selain di peringkat universiti, pelajar sekolah turut dilibatkan menerusi bimbingan teknikal dan menyediakan peruntukan untuk membangunkan projek pertanian secara fertigasi. Ini dilaksanakan di Kolej Vokasional Dato’ Lela Maharaja, Rembau dan Sekolah Menengah Kebangsaan Serting Hilir Kompleks, Jempol.

Potensi Negeri Sembilan da­lam bidang pertanian?

Negeri ini terletak berhampiran Lembah Klang yang mempunyai jumlah penduduk dua juta orang. Bagi projek pembangunan Malaysia Vision Valley (MVV) pula meliputi kawasan dari Nilai, Seremban ke Port Dickson melibatkan satu juta penduduk. Sudah tentu potensi pemasaran hasil pertanian adalah sangat luas.

Bagaimana LPP memanfaatkan penggunaan teknologi dalam bidang pertanian hari ini?

Kita sentiasa menerapkan teknologi kepada Pertubuhan Peladang terutama sekali yang dapat meningkatkan hasil pertanian contohnya tanaman sayur secara fertigasi yang dilaksanakan di PPK Seremban, Jempol dan Rompin Jelai. Kita juga sentiasa bersedia dengan kewujudan teknologi baharu yang dapat memberi manfaat kepada peladang dan usahawan tani.

Apakah program terbaharu dilaksanakan LPP di negeri ini ?.

Projek Shakran yang mampu memberi impak untuk menjadikan Pertubuhan Peladang sebagai pengeluar hasil sayur-sayuran berproduktiviti tinggi khususnya dalam membekalkan makanan kepada masyarakat bandar. Kita telah mengenal pasti seramai 35 usahawan untuk mengusahakan tanaman cili dan rock melon secara fertigasi yang melibatkan 74,500 polibeg tanaman ber­kenaan.

Selain itu, tahun ini seperti biasa Hari Peladang, Penternak dan Nelayan akan diadakan di peringkat negeri. Pada tahun lalu kita me-nerima seramai 87,874 pengunjung dengan nilai transaksi jualan sebanyak RM2.35 juta.

karikatur



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/memperkasa-masyarakat-tani-1.484996#ixzz4mNprZ2mD 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

 

 

 

 JUMLAH peserta Agropreuneur Muda sentiasa meningkat dari semasa ke semasa seperti mana program di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang diadakan di Dewan PPK Bagan Datuk, Perak, baru-baru ini. – UTUSAN /ABDUL RAZAK IDRIS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/uam-perjuang-usaha-tani-bandar-1.481835#ixzz4mNu3RFHD 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

 

 

 

MUKADIMAH
SUATU ketika dahulu tidak ramai kalangan bumiputera dapat dilihat berniaga di kawasan bandar dalam apa juga bentuk perniagaan sama ada dalam bidang makanan, pakaian atau perkhidmatan.

Bagaimanapun, pandangan sedemikian semakin hari semakin berubah apabila wujudnya pertambahan golongan bumiputera yang meneroka peluang ekonomi di kawasan bandar sekali gus akan memberikan kesan keseimbangan ekonomi antara kaum di kawasan perbandaran.



Keseimbangan itu mungkin boleh dicapai menerusi usaha kerajaan mewujudkan Unit Agropeneur Muda (UAM) di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang bertujuan meningkatkan penyertaan golongan muda bumiputera di bandar.

Wartawan Utusan Kota, ABDUL RAZAK IDRIS baru-baru ini bertemu dan mengemukakan tujuh soalan kepada DATUK NASARUDDIN OTHMAN yang merupakan antara individu yang dipertanggungjawab sebagai Ahli Jawatankuasa Meremajakan Pertubuhan Peladang bagi merealiasikan matlamat itu.

UTUSAN KOTA: Bagaimana kita boleh mendapat sumber makanan sedangkan hari ini kita masih tidak cukup bahan makanan hingga terpaksa diimport dari negara jiran?

Usaha meramaikan usahawan tani dan pembekal makanan me­lalui bidang pertanian giat dige­rakkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui Unit Agropreneur Muda (UAM) di seluruh negara. Saya sebagai antara individu yang menggerakkan usaha itu sedang melaksanakan Pelan Tindakan Korporat Meremajakan Pertubuhan Peladang Malaysia.

Selaku Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Perak, Ahli Jemaah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Negeri Perak Kampung Gajah dan menjadi pakar motivasi Kor Tani Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Nasional, saya telah menyampaikan puluhan sesi ceramah dan pe­nerangan mengenai bentuk usahawan tani bandar dan dana untuk menjayakan usaha tersebut.

Mengapa perlu kita mewujudkan lebih ramai usahawan tani atau di kawasan bandar?

Bila bercerita tentang pertanian kita biasanya melihat panorama menghijau di kampung-kampung atau di kawasan berbukit seperti Cameron Highland dan sawah padi di daerah Batang Padang. Sedangkan bukan sahaja orang kampung yang makan sayur dan durian malahan orang bandar pun makan sayur dan buah yang sama.

Hari ini usahawan tani bukan sekadar menjadi penanam sayur tetapi ia mempunyai makna yang luas. Jika kita tidak boleh menjadi petani apa salahnya kita menjadi usahawan yang menjadi pemasar hasil tanaman yang berpusat di bandar sama ada sebagai pengedar mahupun pekedai.

Jika kita boleh mewujudkan hab pemasaran dalam kalangan usahawan muda di bandar kita bukan sahaja mewujudkan peluang ekonomi baharu kepada mereka malahan memecahkan monopoli peniaga yang memanipulasi harga hingga membebankan pengguna.

Bukankah di bandar ada kekangan tanah pertanian? Apakah kaedah untuk mengatasi masalah itu?

Saya optimis jika kita kita wujudkan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bandar, usahawan tani bandar boleh diwujudkan dengan sistematik.

Ia boleh dilakukan jika generasi muda hari ini didedahkan dengan pertanian moden menggunakan ruang yang optimum.

Pertanian konvensional dan moden seperti sistem pertanian hidroponik, fertigasi dan pasu boleh dilaksanakan di bandar tanpa tanah yang luas.

Hasilnya, petani boleh mewujudkan jaringan pemasaran mikro dalam kalangan usahawan yang menumpukan kepada pemasaran hasil tani yang sudah pasti mewujudkan situasi menang-menang antara mereka.

Apabila usahawan muda telah wujud, bagaimana momentum kejayaan mereka dapat dikekalkan?

Kos pertanian di bandar amat tinggi, mungkin usahawan bandar terpaksa menyewa tanah di pinggir bandar.

Harga sayur-sayuran import yang rendah biasanya sukar diatasi namun jika ada dasar yang mampan menyekat lambakan sayur-sayuran import maka usahawan bandar mahu pun luar bandar akan terus 'bernafas'.

Komen mengenai aspirasi remaja dalam isu pertanian dan usahawan muda?

Kita di UAM turut sama dalam berkongsi idea dengan golongan belia di bandar mahupun luar bandar. Kita kena melihat masa depan dalam perancangan kita hari ini. Gagal merancang bermakna gagal untuk mencipta kejayaan pada hari esok.

Aspirasi anak muda inginkan masa depan dengan hasil tani membekalkan makanan yang cukup kepada mereka dan anak-anak mereka, soalnya siapa yang akan menggerakkan agenda ini kalau bukan mereka sendiri sebagai pewaris bumi bertuah ini.

Jika mereka tidak memajukan pertanian di bandar dengan secara moden seperti di Jepun dan Eropah, kos hidup akan semakin melambung dan mereka juga sebagai penghuni bandar yang akan terbeban kelak.

Apakah dana dan bentuk latihan untuk usahawan tani muda di bandar yang disediakan?

Pada pembentangan Bajet 2017 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebanyak RM100 juta telah diperuntukkan untuk mewujudkan usahawan tani di seluruh negara.

Sepatutnya peluang ini digapai oleh usahawan muda di bandar kerana mereka merupakan antara kumpulan sasaran untuk meremajakan industri huluan hasil tani sebagai pembekal dan pengedar serta peruncit hasil tani dengan kewujudan Pusat Pengumpulan Hasil Ladang (PPHL) di pusat bandar.

Walaupun syarat-syarat memohon dana Tabung Agropreneur Muda agak ketat, saya berharap mereka mengambil peluang ini sebelum ia diambil oleh orang lain.

Adakah usaha menggalakkan usahawan tani bandar ini berjaya jika peniaga lebih suka mengimport hasil tani yang murah?

Sepatutnya peniaga atau pemborong yang menyebabkan harga hasil tani tempatan merudum, berhati besar dan mengutamakan produk tempatan kerana usahawan tani yang ada hari ini tidak kira di bandar dan luar bandar akan ‘mati’ begitu sahaja.

Memang benar tiada sekatan dan kawalan tetapi kita sebagai pengguna tempatan perlu sedar adakah produk import lebih berkualiti atau sebaliknya. Kita pun tidak tahu adakah petani di negara luar menggunakan racun serangga dan baja yang diluluskan penggunaannya di negara ini.

Mungkin yang mahal lebih berkualiti dan selamat.

Inilah cabaran usahawan muda iaitu membuktikan sayur-sayuran dan hasil tani mereka adalah yang terbaik walau semahal mana pun kos menanamnya.

Tepuk dada tanya selera mahu jadi usahawan kota yang berjaya atau hanya menjadi pengguna sehingga ke tahun 2050.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/uam-perjuang-usaha-tani-bandar-1.481835#ixzz4mNspXz3T 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Jana hasil RM30j

 

 

Serdang: Sasaran 500,000 pengunjung mampu menjana pendapatan di antara RM20 juta hingga RM30 juta sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2017 yang diadakan pada 28 September hingga 1 Oktober depan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di sini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, acara empat hari itu menampilkan 850 gerai pameran dan jualan dengan tema Makanan Kita, Masa Depan Kita.

 

“Pengisian program menarik dalam HPPNK menarik minat pengunjung untuk memeriahkan acara.

 

“Ditambah kementerian memperkenalkan Festival Makanan Malaysia (MFF) yang diadakan serentak pada program itu sebagai ekspo hidangan kepelbagaian produk makanan dalam usaha memartabatkan industri makanan di Malaysia,” katanya selepas majlis prapelancaran HPPNK 2017, di sini, semalam.

Menurut Ahmad Shabery, menerusi HPPNK pihaknya mengiktiraf wira tani negara dan memberi anugerah kepada pencapaian terbaik peladang, penternak dan nelayan yang menghasilkan produk serta inovasi pertanian.

“Anugerah diberikan berdasarkan kejayaan mereka membantu menjamin keselamatan dan kedaulatan makanan.

“Kejayaan penganjuran Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia 2016 (MAHA 2016) memberi kita keyakinan untuk menjadikan HPPNK kali ini lebih besar daripada edisi sebelumnya.

“Kali ini, kelainan ditampilkan dalam pengisian program mampu menarik minat orang ramai menyertai bidang pertanian khususnya belia,” katanya.

Sementara itu, katanya, MFF menghimpunkan hidangan terbaik dari Malaysia dan pengunjung berpeluang menikmati sajian yang disediakan.

“Selain itu, pengunjung mendalami situasi pengeluaran, penghasilan dan persembahan makanan di Malaysia dengan menerapkan elemen berinspirasikan makanan, masakan, teknologi makanan, hidangan, agro pelancongan dan komuniti.

“Sememangnya, pembangunan dalam penghidangan dan penyajian akan menjadi nilai tambah terbesar dalam industri agro makanan,” katanya.

 

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Mei 2017 @ 6:13 AM
Page 3 of 4
Load More

Iklan Terkini

Benih Durian Musang King
( / Buah-Buahan)

Benih Durian Musang King
10-13-2017

kerepek
( / Industri Asas Tani)

kerepek
06-24-2014

Galah Komposit Karbon Fiber
( / Jentera Pertanian)

noimage
06-10-2014

Kategori Acara

  • General
    General

    General events

    1 Event
  • Meeting
    Meeting

    Weekly meeting events.

    0 Events